Klik Banner Diatas untuk Ke Laman Pahang

Tuesday, February 24, 2009

Lama Tak tulis?

Pada 21.02.09 (Sabtu)
Saya telah ke Mesyuarat Agong PIBG SK Kerayong di Dewan MDB Padang Luas. Sampai disana dimaklumkan YB Datuk Seri Ismail Sabri tak dapat hadir. Dengar cerita ada sukan sekolah di SMK Mengkarak, untuk elakkan balik tanpa bahan saya terus ke SMK Mengkarak. Dapat juga rakamkan aksi-aksi sukan di SMK Mengkarak. Dapat juga bahan untuk dimasukkan blog tetapi bukan untuk blog Parlimen Bera.

Pada 22.02.09 (Ahad)
Dengar cerita ada program YB Datuk Seri Ismail Sabri di Laman Kerayong. Saya tak lepaskan peluang untuk melihat Program Larian Amal Palestin di Laman Kerayong. Setelah sampai di sana baru dapat tau YB Datuk Seri Ismail Sabri tak dapat hadir. Hampa juga kerena tak dapat nak rakam gambar YB Datuk Seri Ismail Sabri yang terbaru. Oleh kerana dah sampai terus aja rakam aksi-aksi peserta Larian Amal Palestin. Dapat juga bahan untuk blog ... tetapi bukan blog Parlimen Bera.

Memang silap saya sebenarnya kerana tak dapat selalu 'update' blog Parlimen Bera ini. Blog Parlimen Bera ni saya akan 'update' jika saya dapat rakam program yang dihadiri oleh YB Datuk Seri Ismail Sabri, jika YB Datuk Seri Ismail Sabri tak ada saya akan masukkan bahan yang ada dalam blog lain.

Saya mohon maaf terutama pada 'Followers Parlimen Bera'. Pertama- Saya memang tak berapa tahu mengeni program YB Datuk Seri Ismail Sabri. Dapat tau pun jika ternampak kain rentang ditepi-tepi jalan atau dengar-dengar cerita orang tentang progam YB Datuk Seri Ismail Sabri. Kedua- tak berapa ada masa nak ikuti program YB Datuk Seri Ismail Sabri. Lebih-lebih lagi program yang jauh-jauh. Maklum ajalah kalau naik moto jauh-jauh. Namun begitu minat untuk sebarkan program-program yang dihadiri oleh YB Datuk Seri Ismail Sabri masih membara.

No comments: