Klik Banner Diatas untuk Ke Laman Pahang

Sunday, November 2, 2008

Selamat Datang

Saya ni suka sangat tangkap gambar. Macam-macam gambar saya tangkap. Saya juga suka hadir ke program yang melibatkan orang-orang besar dan terkenal macam Ahli Parlimen Bera, YB Datuk Ismail Sabri bin Yaacob yang juga merupakan seorang Menteri Kabinet dari Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, selain sebagai Ketua Umno Bahagian Bera.

Saya cadang nak simpan aja gambar-gambar yang berkaitan dengan Datuk Ismail Sabri. Sayang pulak rasanya kalau gambar-gambar tersebut saya simpan untuk saya saja. Satu hari ketika berbincang dengan Sang Semut Merah timbul idea untuk siarkan gambar-gambar yang saya rakam dalam satu blog kahs untuk Parlimen Bera supaya boleh dikongsi bersama masyarakat Bera. Kebetulan pula ada yang bertanya tentang gambar-gambar yang saya rakamkan. Macam mana mereka nak dapatkan salinan, kata saya ambil dalam internet. Maka inilah dia.

Jadinya, kalau ada sesiapa yang pernah bergambar dalam program yang melibatkan Datuk Ismail Sabri dan sayalah tukang gambarnya, 'download' lah gambar anda secara percuma. Kalau rajin tinggalkanlah sedikit kata-kata hikmat dengan klik pada ruang 'comments' dibawah.

Saya atau sesiapa yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung, tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kehilangan, kesusahan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam blog ini. Sekian harap maklum.

LAS oleh semuthitam
MEMBACA BIAR JELAS.
BERBAKTI BIAR IKHLAS.
KATA-KATA BIAR BERALAS
.
BEKERJA JANGAN PULAS
KEBENARAN JANGAN KILAS
BERUSAHA JANGAN MALAS
.
KALAU MENGUMPAT DAUN PALAS
LIDAH KESAT SEGAN NAK BALAS
TULANG LEMAH OTAK CULAS

No comments: